Ahlan Wahsahlan.Selamat datang ke blog Secret
Muslimah Blossom. Terlebih dahulu dimulakan dengan jutaan terima kasih kerana
kesudian anda menjenguk blog yang tak seberapa ni. Blog ini mempromosikan
kain-kain pasang, jubah, telekung dan make up (bagi anda di menetap disekitar
utara Malaysia.)
Saya berkerjasama dengan adik perempuan saya untuk membangunkan blog ini kerana adik perempuan saya mengambil keputusan untuk
berhenti kerja kerana kekangan waktu bekerja membuatkan solatnya menjadi
huru-hara. Ditambah pula beliau dalam perancangan untuk mendirikan rumahtangga
dalam waktu terdekat jadi waktu bekerja sehingga jam 10.00 malam pada
pendapatnya kurang bersesuaian. Beliau berpengalaman dalam bidang solekan dan
kecantikan lebih kurang dalam 2 tahun. Jadi tak usahla risau sekiranya muka
anda akan menjadi seperti opera cina kerana kebarangkalian benda itu terjadi
hanyalah sedikit. J.Oh ya bagi anda berada di sekitar Alor
Setar beliau juga boleh membuat khidmat potongan rambut ke rumah anda sendiri.
Rambut saya memang selalunya dia yang potong.hehehe. In fact sekarang dia
bekerja di Salon Rambut Alor Setar.Lupa pula, pelanggan2 utk make up
dan potongan rambut ini hanyalah untuk anda yang berjantina perempuan di dalam
kad pengenalan. Sebarang request daripada lain-lain jatina diatas tidak akan
dilayan.
Bagaimana hendak membuat pembelian? 1.Mulakan dengan
bismillah.2. Lihat barang/perkhidmatan yang anda minat didalam ini dan isi
detail2 order form. Nyatakan jenis barangan/perkhidmatan yang anda inginkan berserta
kod barangan. 3. Lakukan pembayaran kedalam akaun-akaun pembayaran yang telah
dinyatakan.(anda boleh lihat akaun detail seperti yang dilampirkan).4. Scan
slip pembayaran atau maklumkan kepada kami secara sms atau email di
012-5595819/bubu_shop90@yahoo.com
Sekali lagi jutaan terima kasih kepada anda.
Maklumkanlah kepada rakan-rakan terdekat anda sekiranya blog ini dapat memberi
manfaat kepada mereka atau memudahkan urusan mereka.Selamat membeli tetapi
berhemahlah.Jangan membeli sehingga membazir ya…..J.
No comments:
Post a Comment